Contoh Soalan Ujian Formatif 1 Reka Cipta Tingkatan 3


1    Apakah yang dimaksudkan dengan reka cipta?
 
A   Penghasilan produk untuk memenuhi kehendak
B   Penghasilan produk yang boleh mendatangkan keuntungan 
C   Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk sedia ada
D   Mengemaskini reka bentuk produk sedia ada supaya lebih canggih

    2    Apakah langkah pertama dalam proses reka cipta?

     A   Penyenaraian idea
     B   Pemilihan rekabentuk
     C   Pengubahsuaian projek
           D   Pengenalpastian masalah

     3    Tujuan rekacipta adalah seperti berikut kecuali

      A   meningkatkan harga barang
      B   mempelbagaikan pilihan barang
      C   memenuhi keperluan dan kehendak
      D   membantu memajukan tahap teknologi negara

4        Apakah langkah seterusnya yang dilakukan selepas proses pengenalpastian masalah?

     A   Pencetusan idea
        B   Pemilihan projek
        C   Pembinaan prototaip
        D   Peneutralan prototaip

5        Antara berikut, yang manakah bukan merupakan proses pengumpulan maklumat dan data reka cipta
     A  Pembacaan
     B  Pemerhatian
     C  Perancangan
     D  Pengalaman sendiri

6   Antara berikut, kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dan data                                                                                                                                                                 
  I   Idea
 II   Soal selidik
III   Bimbingan guru
IV   Pengalaman sendiri
A   I, II dan III
B   I, II dan IV
            C   I, III dan IV
            D   II, III dan IV

7    Mengapakah idea yang banyak diperlukan dalam mereka bentuk projek reka cipta?

A   Membolehkan idea yang disukai dipilih
B   Mewujudkan peluang pemilihan idea terbaik
C   Memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea-idea lain.
D   Mewujudkan peluang yang banyak untuk membuat pertimbangan
     

No comments:

Post a Comment